Tuesday, May 17, 2011

1st Day



30 april 2011


Dari Tullamarine airport drive terus ke Rumah kami, no 56 May av, Altona Medow Australia..rumah nih sebenarnya rumah hj salim (penasihat KMIV)  yg lama. Pada asalnya Rumah nih dah nak dijual tapi disebabkan kami kegawatan rumah, so terpaksa “pinjam” rumah ni untuk sebulan dulu..tapi duduk kat sini bukannya free tau, kira rent la, memanglah kn, bil air, bil letrik takkanlah mau free jugak, betul tak? Hee..tanx to hj salim..
      Orang yang berperanan ambil kami berempat di airport tadi nih pasangan yang sangat baik hati (kak rina n abg Ishak) sampai jak kami di rumah, telah tersedia jamuan ringan yang disediakan khas demi menyambut kedatangan kami berempat.alhamdulillah, murah rezeki sikit pagi nih..
      Dan untuk first time aku makan buah “tin” (bukan buah yang dalam tin tu) alaa, buah yang selalu org yang balik dari haji bawa, tapi yang selalu dibawa tu yang memang tersedia dried tapi yang nih fresh dari pokok belakang rumah Hj salim nih..nanti ada masa aku tunjuk bentuk pokoknya k.


Rasanya sangat manis ngan sangat sedap, cara nak makan pulak kena bukak kulit untuk mengelakkan getah-getah pada kulit, lepas tu makan seperti biasa..Jelas terasa sedapnya !! hee


      Walaupun first time bertentang mata dengan pasangan serasi nih (kaka rina dengan abg ishak) tapi rasanya seperti dah lama kenal..means memang akak ngan abang “kita” ni sangat peramah la and memang masuk dengan kepala kami semua..heee..lepas tengok keadaan rumah dan book bilik masing-masing, kami bergegas ke market untuk beli barangan dapur..(menyesal pun ada tak bawa makanan dari Malaysia) huh..

Di Melbourne nih, tempat yang paling murah grocery ngan barngan rumah boleh diperolehi dari COLES..roti boleh dibeli dengan hanya 1 dollar shja..murah tak? murah Kan kan kan? Hee..lepas memeriksa dan list semua barang yang hendak dibeli, kak rina bawa kami ke COLES.! Yeah..
-     Sayur              daging         - susu
-     Ayam             - buah              - santan
-     Kicap             - spaghetti       - sos
-     Sabun             - tisu            - coklat
-     Beras            - Maggie         - jus



Haaa..tu la antara list barang yang hendak dibeli di COLES tapi ayam ngan daging beli di tempat lain memandangkan daging yang dijual tidak HALAL..kena jaga tau pemakanan kita disini, nanti kalau makan tak tentu hala, silap-silap boleh buta mata hati kita ( dah hitam la maknanya, xda NUR (hayati) lagi ) heee…..





Lepas ke COLES, kami ke kedai india jual top up, cadangan nak beli no baru, murah sikit untuk kol family di Msia. “ter”speaking melayu lah pulak dengan mamat india di kedai tu, ialah di Msia kan bahasa perantaraan dengan orang india pun still guna bahasa Melayu..heeh


S

            sepanjang berada disini kami akan menggunakan line HP Lebara, kadar panggilan ke Msia dengan hanya 25 sen setiap panggilan, murah kan? Cakap la banyak mana pun tapi bayar tetap 25 sen..menguntungkan! hee..   Lepas p COLES kami ke WERRIBEE market untuk beli bawang, telur ngan bahan makanan yang lain, disini harga telur adalah yang termurah di Melbourne, $ 2.39 sekotak (12 biji jak la) emm…hamper terlupa, di kedaini la kami first time jumpa dengan cikgu Manap dan istrinya yang baik hati..


Beli buah sikit dan terus balik, muka semua dah macam kerang sebab belum jumpa air lagi lepas sampai tadi..terfikir jap apa nak masak malam ni, spaghetti ? oh !





Wednesday, May 11, 2011

perjalanan yang memenatkan tapi saya gumbira!

30 april 2011 Pukul 7.40am

Alhamdulillah setelah enam jam dalam pesawat tanpa henti akhirnya pada pukul 7. Lebih-lebih kami selamat mendarat di lapangan terbang antarabangsa Tullamarine Melbourne Australia.  Rasa tak sabar untuk melihat keindahan tropika di bumi Melbourne tapi timbul juga rasa takut kalau-kalau tak dapat lepas imigresen Australia..


Australia one of world strict imigrsen, so be carefull la kalaw nak datang sini..banyak perkara yang perlu declare sebelum pemeriksaan..selain tu, risau juga untuk speaking, tapi alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar walaupun 3in1 aku kena tangkap tapi tidak kena denda la jugak sebabnya dah declare kan awal-awal lagi..hee

          Masa sampai kat airport tu, mas airlines pun turut landing sama, so airport Melbourne penuh dengan ribuan orang yang baru sampai, bukan setakat dari Malaysia dan brunei malahan dari seluruh Negara turut sama..memang pagi tu airport sangat-sangat buzy, kena Q panjang baru dapat giliran, tiada apa yang kami boleh buat kecuali bersabar..selepas dapat cop daripada imigresen, kami bergegas ambil bagasi then beratur lagi untuk kesekian kalinya untuk pemeriksaan barang makanan yang dibawa..


Masa intergotian kat sini, mesti jawab la semua yang ditanya, jangan cuba nak sembunyi or beri dalihan or something..just make it easier for u n for them..means, bila kita bagi kerjasama cepat la dapat keluar dari sesi pemeriksaan tu..heee..


Beg aku takdalah kena buka habis, Cuma aku jak yang baik hati, jujur serta ikhlasnya mengeluarkan segala makanan dan minuman yang ku bawa dari Msia..tak tau kenapa tapi barangan makanan daripada Malaysia susah nak lepas terutamanya yang ada sebarang creamer, padahal barangan dari Singapore or Indonesia senang jak lepas..kalau ikutkan benda yang sama jugak diimport oleh Singapore n indon daripada Msia..Msia punya Creamer low quality ka? I don’t thinkd so..

          Akhirnya, selepas sejam lebih beratur dan di periksa, kami Berjaya meloloskan diri keluar dari airport ni..syukur Alhamdulillah..cuaca sangat sejuk, angin bukan setakat sepoi-sepoi bahasa tapi tahap mendinginkan suhu badan..fuh,fuh !!!

Rasa gumbira jugak bila dapat lihat daun pokok kat sini dah mula bertukar wajah-Autumn season..

Wednesday, May 4, 2011

jOurNey To Australia Begin

setelah lima hari berada di melbourne Australia, hari nih baru dapat peluang online..

rumah tiada internet, so, terpaksa register library member baru dapat guna wifi, bayaran yang dikenakan hanya   $2.5 dollar bersamaan dlm Rm 8 lebih..xpala, yang penting dapat online kan, kan kan ??

ok, aku mula dengan perjalanan daripada Msia ke Melbourne Australia ea, perjalanan kami dalam lebih kurang 6 jam lebih la, tapi disebabkan amik transit brunei lagi jadi masa perjalanan bertambah sehingga 10 jam, cuba bayangkan betapa penatnya duduk ? asihh..orang lain selalunya ngomel sebab penat berdiri dalam train yang lembab, tapi sebaliknya pulak dengan aku, penat, penat penat dan aku ulang sekali lagi, penat nak duduk!
heee...

                                  check in sebelum flight -look how happy i was..

kat airport tiada masalah sangat cuma lastly pastport khalijah xdapat detect oleh gov Aussie, tunggu punya tunggu rupanya akak kat kaunter tu yang salah masukkan nama dia..heee..buat orang gabra jak kejap kan? 

flight ke brunei pukul 5.50 petang, pukul 5 kami dah mula masuk cek untuk imigresen kat dalam..jelous jap dengan family anis ngan yana yang ramai datang hantar diorang berdua sebelum flight..aku dengan khalijah pulak cuma mampu tersenyum sumbing dengan celoteh family diorang, sedey pun ada, ialah pergi oversea 1st tyme tapi xda family yang sent..huk.huk..huk :'(

 kegembiraan jelas terpancar diwajah masing-masing setelah berhempas pulas berusaha untuk ke melbourne
kami dapat duduk bertiga, cuma anis jak yang duduk sorang-sorang, sabar ye anis Ye..hee

flight RoYal Brunei memang best, selain pramugari yang ramah mesra, flight siap ada entertaiment lagi..best, best, best..(kalo setiap kali aku flight ke sabah ada entertaimnt kan best ?) siapa setuju sila angkat kening ..heee :)

sampai jak di brunei Darussalam xsempat untuk menjenguk sekitar kedai-kedai cnderamata yang ada kerna terus mencari surau..solat jamak sewaktu perjalanan, dapat jugak mengaplikasikan ilmu yang dipelajari ( kalo balik sabah aku xpena jamak sebabnya selalu jak amik flight tengahari..)

                                                                            flight ke brunei



yang ni flight from brunei to melbourne..
akhirnya anis dapat duduk dengan khalijah dan aku pulak duduk ngan yana..

dalam flight ke melbourne, pihak brunei airlines dah bagi satu slip borang yang kena isi..
gov australia memang strict skit berbanding malaysia, takut jugak masa nak isi semua soalan yang ada..
memang ust dah pesan untuk declare semua barang-barang yang kita bawa..kalau barang tu kita tak sure pun jawab yes jak..amaran daripada pihak Australia 
"DECLARE OR BEWARE"!!
so, aku pun mengdeclare la semua barang-barang termasuk la asam-asam yang aku beli di airport..asam-asam termasuk dalam dried food..so, declare jak..
lepas siap isi semua yang penting aku terus Zzzzzz..ngantuk wey..pukul 11 malam waktu Msia berlepas ke Melbourne..yana, aku tidor dulu yeee..nyte (wish yg aku slalu ucap untuk some1 before)

akhirnya pada pukul 7.30 pagi waktu melbourne kami sampai kat Tullamarine airport bersamaan pukul 5 waktu Msia..beza dua jam dengan waktu Msia, airport Aussie ni xdalah besar macam airport KLIA, patutla KLIA dapat pencalonan best Airport bcoz cantik, teratur n besar..airport Aussie ni penuh dengan laluan untuk inspection jak..penat beratur untuk pemeriksaan imigresen, pastu barang-barang lagi..adeeehh..setelah sejam lebih baru dapat kuar airport..hukhukhuk..

untuk perhatian, sebarang makanan yang berbentuk creamer adalah tidak dibenarkan untuk dibawa masuk Aussie, daging pun xbole, tapi kalo maggie tu bole jak lepas..dikisahkan aku bawalah Red Guara aku yang tak habis lagi di hostel, xperasan pulak yang tu ada termasuk creamer skali, arghhh...silap-silap, nasib baik aku dah declare awal-awal kalo x mesti dah kena denda $60,000 dollar, lebih kurang sejuta duit Msia..mana nak cari duit sebanyak tu.? huh..

walaupun sedey 3in1 aku kena tangkap tapi xbole la wat apa-apa selain membenarkan jak..huhu
speaking ? bole tahan la, kami berempat xdalah fluent sgt speaking bi nih tapi saling Helping each other jak..yang penting hidup kat sini kena rajin bertanya jadi xkan sesat punya..hee

p/s : kalau ada sapa yang terfikir nak melancong oversea pilih la melbourne bcoz banyak tempat menarik, lagipun melbourne 1 of the world best view..heee

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

borak-borak

miss h