Friday, July 22, 2011

NaIm DaNisH

photo ni aku catch semalam sewaktu hantar naim dengan mami nya pergi klinik
sian naim ni, mukanya kena ruam, penuh satu muka..merisaukan pelbagai pihak la termasuk aku juga..heee
then kami decided untuk bawa dia ke klinik di luyang...handsome pulak dktornya di situ tu..hehe

langkah pertama sewaktu sampai di klinik adalah melihat berat baby ni
emm...tepat2 7 kilo, walhal sebelum ni hanya 6.2 sahaja menurut maminya
kiranya naim ni semakin hari semakin comel..
kalau menurut firastku, ruam yang timbul tu mungkin akibat daripada penangan "kiss" orang lain
di pipinya sebab ramai yang selalu buat begitu..tu la akibatnya kalau lahir baby yang comel..

di kisahkan, nama anak buah aq ni naim danish tapi aq panggil dy naim ndut..hehe
bapaknya jugak yang kata kalau panggil naim ndut mesti dia menoleh ...
benarla jangkaan, kalau panggil dia naim danish tak toleh-toleh pon...

nanti aq citer lagi ea, nak p kerja dulu, akak aku dah siap tunggu kat bawah..

Tuesday, July 19, 2011

RinDu itu KemBali..

kenangan lama yang asyik menggangu hidupku akhir-akhir ini
benci jugak memimikirkannya
last-last aku massage empunya diri juga
tapi salam yang ku kirimkan tak bersambut
sob..sob, sedih sendiri la..hehe..

saat diri sudah sayang, hati pula dikecewakan

kali ini, aku jadi semakin matang dalam cerita-cerita hati
niat pada diri untuk menamatkan pengajian ku dahulu dan menyambung ke peringkat lebih tinggi
setinggi awan biru
ku tutup pintu untuk sementara waktu
yang entah bila akan terbuka
jangan biar perigi cari timba lagi

jika ada yang bertanya " adakah tiada peluang kedua untuknya "
jawapanku hanya satu  " peluang kedua atau berapa pun tidak berguna jika dianya tidak setia"

p/s : pastikan pasangan anda tu lebih matang dari anda dalam membuat keputusan jika tidak ingin kecewa...perpisahan itu pahit ~ jangan biar diri terluka >>

Tuesday, July 12, 2011

amaran merokok..

hairan melihat kotak-kotak rokok yang di jual di kedai-kedai
bukannya sebab apa,
tapi setiap kotak siap ada amaran
merokok membahayakan kesihatan..
merokok boleh menyebabkan paru-paru berair
tapi.....
orang still mahu merokok lagi
walhal, bahayanya itu sentiasa ada?
sedap sangat ka rokok ?
bila ditanya setiap perokok tegar nih
apa pandangan mereka terhadap bahaya rokok...
pasti ada saja jawapan yang ada untuk menegakkan diri mereka
padahal perokok2 inilah yang mengakibatkan ketidak adilan terhadap diri mereka..
"merokok itu menenangkan!"
merokok itu menyebabkan hilang semua masalah!
tapi dengan merokok hilang kah masalah ? tidak kan !
rokok tu hanya menghayalkan perokoknya menyebabkan masalah tu hilang dalam seketika
tapi masalah itu tetap ada selagi tidak diselesaikan..
cuba fikir, jika seorang perokok boleh menghabiskan 3 ringgit sehari, itupun untuk membeli rokok yang paling murah...
kalau setahun 365 x 3 = ??
betapa banyaknya yang kita boleh buat jika duit yang digunakan untuk membeli rokok tu
disalurkan kebadan-badan kebajikan ka?
simpan dalam bank mungkin ?
atau memberikan pendidikan agama untuk anak-anak
bapa sering ditanya kenapa tidak memberi pendidikan agama kepada anak-anak ?
jawapan yang diperolehi hanyalah " duit tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian "
tapi beli rokok boleh pulak ?
apa salahnya untuk laburkan sedikit duit untuk anak-anak
pahala yang bakal diperolehi bukan setakat dunia sahaja
malah kekal hingga ke akhir hayat..
fikir-fikir...
renung-renungkan dan selamat beramal !!!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

borak-borak

miss h