Wednesday, November 30, 2011

aku dan camera baru

Dah lama aku tak bergiat aktif dalam penulisan blog nih, rasanya sudah hampir 4 bulan, 
mungkin kalau aku tanam terung sudah tumbuh dan berbuah lebat lagi tu..^_^
so, hari nih aku decide nak mulakan entri baru dengan cerita camera baru aku..

jeng..jeng..jeng !!!

hajat untuk beli camera Dslr tak kesampaian dek kerana duit aku yang telah disimpan lama terpaksa digunakan ,ialah kan ? mau beli sabun cuci, sabun mandi, sabun cuci piring, sabun muka, aishh..sabun jak pun banyak macam mau dibeli..hehe..

jadiiii, sebelum duit aku yang berjuta-juta ni tinggal sekeping, aku pun menghulurkan 
dengan tuan kedai putera photo studio..sob-sob,

"semuanya RM250 dengan free 1 kotak film!"
aku pun mula bermanis tambah gula dan tambah susu lagi minta diskaun..
"tak boleh kurang lagi ke bang" aiseh, penuh sopan santun pertanyaanku..kalau masuk pertandingan 
perempuan melayu terakhir ni gerenti lama sudah aku johan..hahaha...

lepas tawar punya tawar, aku dapat diskaun 10 ringgit jak...syukurla, daripada tiadakan ? betul tak ?
yeaaaahhh...inilah dia, camera yang menjadi idaman orang kampung seperti aku..hehe..
camera nih dah lama aku berkenan, cuma tersekat antara dua..
aku tak tahu antara dua! haha...akhirnya ini jugaklah yang menjadi pilihan hati dikala duit tinggal sedikit..



p/s : sekarang hati dah tenang nih daripada godaan photo, sekarang, jom study !!!




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

borak-borak

miss h