Tuesday, June 14, 2011

macam-macam ragam

bila kerja di mahkamah ni, banyak fiil orang yang boleh kita perhatikan

ada yang datang sedih :'(
ada yang datang dengan penuh marah :(
tak kurang jugak yang datang sengih-sengih ( yang nih for sure nak minta borang poligami )

cuma, bila sampai bab-bab advise orang pulak aku masih lemah
bukan sebab tak tau camna nak advise tapi still tiada pengalaman dalam hal-hal rumahtangga
i'm not married yet, okay ! 

dikisahkan datang seorang mak cik nih nangis di depan aku cerita tentang suami yang dah pligami tanpa pengetahuannya..
alahai suami, kalau ia pun buat perkara baik tu janganlah nak sembunyi2 kan? betul tak ?
setiap isteri pun ada hak sebagai isteri untuk tahu..

buat isteri pulak, bila tahu sang suami nih dah ada partner lain, mulalah bengang berabis sampai semua nak kena tuntut :

saya nak tuntut faskh !
harta sepencarian !
nafkah eddah !
nafkah anak !
yang pastinya saya nak cerai sebab suami saya kawen lain !

bawa-bawa la bersabar bila ada masalah rumahtangga !
even i'm not married tapi cuba fikir sejenak ~ fikir fikir ~
alangkah sayangnya mahligai yang dibina runtuh hanya kerana masing-masing ego
tapi kalau dah tak tahan dengan situasi sedemikian
pilih la cerai sebagai jalan terakhir ya ~ ( sedih sebenarnya mau daftar kes cerai nih ) sob..sob

lain pulak ceritanya dengan orang yang bakal kawen  :
esok nak kawen, hari ni baru la sibuk memanjang nak daftar wali hakim
dahlah sekarang nih married season ~ memang sah-sahlah jadual hakim padat sepadat-padatnya ;')
yang tak boleh tahan tu bila kita yang tak bersalah nih dipersalahkan kerana melambat-lambatkan keja
alahai pak cik -pak cik, bukan niat nak melambatkan sebutan tapi dah itu prosedurnya
jadi, bawa-bawa la bersabar ya ! peace no war :)

bab poligami nih yang paling aku respect bila ada sorang mak cik nih 
datang untuk daftar suaminya yang ingin poligami
baeekkknyeee hati diaaa! respect la
bila tanya : suami puan kat mana ya ?
oh' dia duduk tu dalam kereta "
poligami tu tak salah pak cik, nak malu apanya? yang penting adil dan saksama ya

tu saja entri kali nih..
hakim dah datang, nanti kena fire pulak duduk cerita hal orang jak tapi tak buat kerja

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

borak-borak

miss h