Tuesday, July 12, 2011

amaran merokok..

hairan melihat kotak-kotak rokok yang di jual di kedai-kedai
bukannya sebab apa,
tapi setiap kotak siap ada amaran
merokok membahayakan kesihatan..
merokok boleh menyebabkan paru-paru berair
tapi.....
orang still mahu merokok lagi
walhal, bahayanya itu sentiasa ada?
sedap sangat ka rokok ?
bila ditanya setiap perokok tegar nih
apa pandangan mereka terhadap bahaya rokok...
pasti ada saja jawapan yang ada untuk menegakkan diri mereka
padahal perokok2 inilah yang mengakibatkan ketidak adilan terhadap diri mereka..
"merokok itu menenangkan!"
merokok itu menyebabkan hilang semua masalah!
tapi dengan merokok hilang kah masalah ? tidak kan !
rokok tu hanya menghayalkan perokoknya menyebabkan masalah tu hilang dalam seketika
tapi masalah itu tetap ada selagi tidak diselesaikan..
cuba fikir, jika seorang perokok boleh menghabiskan 3 ringgit sehari, itupun untuk membeli rokok yang paling murah...
kalau setahun 365 x 3 = ??
betapa banyaknya yang kita boleh buat jika duit yang digunakan untuk membeli rokok tu
disalurkan kebadan-badan kebajikan ka?
simpan dalam bank mungkin ?
atau memberikan pendidikan agama untuk anak-anak
bapa sering ditanya kenapa tidak memberi pendidikan agama kepada anak-anak ?
jawapan yang diperolehi hanyalah " duit tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan harian "
tapi beli rokok boleh pulak ?
apa salahnya untuk laburkan sedikit duit untuk anak-anak
pahala yang bakal diperolehi bukan setakat dunia sahaja
malah kekal hingga ke akhir hayat..
fikir-fikir...
renung-renungkan dan selamat beramal !!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

borak-borak

miss h