Saturday, March 5, 2011

PEtua darI oRang Tua-Tua



walaupun sekarang ni banyak produk kecantikan, kesihatan dan sebagainya yang berlambak dipasaran

tapi petua Orang tua-tua yang berzaman-zaman, bertahun-tahun dahulu kala nih jugak masih dipraktikkan 

why ? why ? why ?

sebab-sebabnya

1) murah ( eyala, sekarang nih kos sara hidup mahal, make up, makanan, jadi kalau guna petua ni boleh la berjimat sikit, betul kan??)

2) senang jak - semua barang-barang yang digunakan ada di rumah, tak payah susah-susah fikir mau dibeli lagi

3) Tidak mendatangkan kesan sampingan- kalau produk kecantikan biasanya yang kita dengar boleh mendatangkan kesan sampingan sama ada 10 tahun, 20 tahun akan datang-xsure !

jadi hari ini jom kita kongsi sedikit petua-petua...

petua nih aku dapat sama ada daripada pembacaan aku semasa berblogwalking, majalah dan ada jugak yang diwarisi daripada mama aku sendiri. ^_^

warisan mama aku 

Kurangkan Panas Semasa Demam
 lebih khasiat kacang hijau
ambil sedikit kacang hijau dan tumbuk dalam lesung dan kalau mahu guna teknologi yang terpantas, gunalah blender ataupun Bahasa Melayunya mesin pengisar. Tak kira lah jenama apa, panasonic, sony ataupun jenama yang sama waktu dengannya. yang penting kacang yang tadi ni dapat dikisar dengan halus. tambah sedikit air.selepas itu, tapis kacang yang telah dikisar halus tadi untuk mendapatkan air atau patinya. kemudian campurkan sedikit madu dan minum seperti biasa. ^_^
Tegangkan kulit Muka
Bahan-bahan : telur dan tisu
ambil sebiji telur dan asingkan kuningnya, ambil putih telur kemudian letakkannya pada tisu kemudian tampal di muka anda 
(ala-ala maskedrider) hehe.. untuk lebihkan khasiat pada muka, tambahkan sedikit madu. lakukan dengan kerap dan rasai perubahannya (yang nih aku pernah cuba, kulit memang tegang gilak) cubalah..
Buang angin dalam badan
ambil sedikit halia dan cincang, kalau tak pun ketuk dengan lesung.Campurkan dalam air suam dan kemudian minum sehingga habis, kalau tak biasa minum air halia, tambahkan sedikit gula dan habiskan~amalkan selalu~baik untuk kesihatan.

Bukan Petua Mama aku 
Atasi Kulit Kering dan Kusam
untuk mengatasi kulit kering dan kusam, ambil segenggam beras pulut dan tiga sudu minyak bayi. tumbuk bahan-bahan ini sehingga beras pulut menjadi halus seperti lulur pada kulit badan anda. hasilnya kulit anda menjadi licin, lembab dan berseri~cubalah, kalau berhasil beritahu aku ! 
Petua Untuk Bibir Merah
 waaaa...merahnya !!!
untuk mendapatkan bibir yang merah secara semualajadi tanpa menggunakan apa-apa pewarna, water color, warna lilin atau lipstik~natural la nih. sapukan sedikit madu lebah yang dicampur dengan perahan limau nipis pada bibir.lakukan setiap malam sebelum tidur dan biarkan madu itu kering sehingga pagi. bibir akan bertukar merah bak delima. selamat mencuba ! ( aku pernah cuba sekali jak, takut di gigit semut merah ) haha.. ^_^
Hilangkan sakit kerongkong 
(hukhukhuk...sakit kerongkong nek!)
cara terbaik adalah dengan meminum air nasi yang sedang mendidih ( suamkan air didih tersebut) lakukan dua kali sehari selama tiga hari berturut-turut ) kalau mama aku pulak bagi minum air asam jak supaya suara tambah sedap macam siti Nurhaliza..hehe ^_*

 rasanya cukup tu saja petua aku untuk entri hari nih, lagipun ada janji dengan along mahu pergi pasar malam..
di pasar malam barang murah
 makanan sedap
tudung cantik
 buah-buahan
dan yang penting, ada my favourite cEnDol  !!! 
semuanya hanya boleh perolehi jika aku pergi pasar malam...
jom p pasar malam!


2 comments:

Anonymous said...

Aku suka yg telur tuh. hik3

Aku pakai lip ice sheer colour kasi merah bibir spya xpucat sda.. hak3

Unknown said...

hehe..kalau guna yang telur tu susah mau berckp, nnti berkedut balik muka..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

borak-borak

miss h