Friday, March 4, 2011

myMetro | Ibu jual anak bagai orang gila

myMetro | Ibu jual anak bagai orang gila


KUALA LUMPUR: Seorang ibu yang hanya mementingkan wang ringgit semata-mata hingga sanggup menjual anak kandungnya secara rela tidak ubah seperti orang gila kerana dia sudah hilang nilai kemanusiaan dan pegangan agama.
Penceramah bebas, Ustaz Hassan Mahmud Al-Hafiz, berkata tindakan itu lebih kejam daripada haiwan kerana haiwan contohnya kucing tidak akan menyerahkan anaknya kepada spesies lain.

Beliau berkata, sikap ibu yang melakukan perkara tidak munasabah dan boleh dianggap pelik sehingga menjual darah dagingnya sendiri kepada orang lain hanya akan mengundang lebih banyak masalah.
“Saya hairan bagaimana seorang ibu sanggup menjual anak mereka kepada keluarga lain selepas dia penat mengandungkannya sembilan bulan dan membesarkannya sehingga umur tiga tahun,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Hassan merujuk laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai seorang ibu menjual anak kandungnya yang berusia tiga tahun kepada individu baru dikenali semata-mata kerana wang

2 comments:

Nurul Faezah said...

Ish3..T_____T

Rindu aku adikku terus.

Nama Diberi Nur hayati ibn Rasmin said...

haha...bha, ingat jga adik d sini ni..lawat2 la..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

borak-borak

miss h