Monday, February 21, 2011

Sudah Jatuh DitimPa TanGGa..

pernah Tak korang Rasa Dalam sehari tu berbagai-bagai masalah yang datang??
bumi mana yang tak ditimpa hujan??
laut mana yang tiada ombak??
poko mana yang tak pernah bergoyang??

kata orang, kalau hidup tiada masalah tak best  
ialah sebab tiap hari menghadap benda yang sama 
tiada cabaran langsung!! macam tu ka??
apa-apapun, kalau dalam sehari banyak betul masalah yang datang
boleh tekanan perasaan ni, 
so di nasihatkan supaya berjumpa dengan doktor pakar kaunseling segera..hehe ^_^
sudah jatuh ditimpa tangga pula, 
begitulah yang berlaku dengan aku pada hari semalam
semalamnya dan semalamnya itu semalamnya lagi..hehe
alkisah ceritanya begini,
 aku merupakan Ketua Program untuk satu perkhemahan tahunan,
oleh itu aku bertanggungjawab untuk menyediakan satu slot station Games
maka aku dengan penuh bersemangat melawat la ke kawasan  tapak perkhemahan
tik,tik, tik!!!
bunyi kamera yang ku bawa semakin rancak bunyinya dek kerana terpesona dengan keindahan air sungai dan bukit bukau yang menghijau..
waaa..segarnya susasana.. ^_*
teringat pula lagu nasyid tu
"indahnya suasana, kita dihari ini
ceria, bersama bermesra"
setelah itu, aku bersama dengan ajk lain penuh sabar menunggu ketibaan pegawai resort
sambil menunggu kami menghirup udara segar diatas jambatan batu
dalam bual-bicara bersama pengarah program memikirkan kesesuaian tempat membuat aktiviti
tiba-tiba ***
arrrrghhhh...suara merdu ku kedengaran bergema dan hilang bersama deruan air sungai
ceh ! dramatik pula, boleh karang cerpen sudah ni..hehe
hp yang kusayang dan menjadi pemberian sempena hari lahir oleh kakanda sulung ku jatuh..
pap, pap, pap !!
begitula bunyi la (sekadar selingan)
hp ku melantun dari satu tempat ke satu tempat
dengan pantas ku mencapai hp kesayangan
ialah, kamera hp ni cantik tau
3.2 megapixel lgi
memang mahal juga la kalau beli kat kedai
ku perhatikan hp ku..
terdapat kesan-kesan calar pada screen protectornya
mula kaget ! panik seketika !
ku cuba melihat kepada perisian kat dalam
semuanya ok..tapi ....
uwaaaa...skrin kat dalam dah pecah
rasa macam mau menangis  tapi tak pro pula jika dilihat oleh 
ajk-ajk yang lain..sabar-sabar
 hidupku menjadi tak menentu,
pembentangan kertas program dihadapan pegawai resort menjadi
serba tak kena
entah apa yang aku terangkan,
fikiran melayang-layang..
setelah habis dari tapak perkhemahan, aku bergegas ke kelas
kadang-kadang sebagai ajk program, kita terpaksa berkorban tak datang kelas hanya kerana nak memastikan perjalanan program berjalan dengan lancar.
hari itu kelas aku juga awal habis kerana terdapat satu lectre yang tak datang kerana ada emergency call, so aku pun dengan segera pergi menaiki bas untuk ke kedai hp
repair-repair repair!

"sekadar hiasan"

ini skrin bole tukar ka?? aku memulakan sesi muamalat. ini skrin manyak mahal oo, lu tunggu sampai dy pecah habis la baru lu tukar, kata tauke cina tersebut
kalau tukar ini skrin, berapa saya kena bayar?? ku menyoal semula tauke tersebut dengan loghat2 cina, mana tau bole dapat diskaun..hehe

to be continue...



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

borak-borak

miss h